Pages

Wednesday, March 9, 2011

REHAT KAN MINDA.....

                                             UNTA PUNYER HAL....

Di  suatu petang yang nyaman…….dibawah sebatang pokok kurma nan layu yang agak-agak tak berapa sihat, berehatlah dua ekor unta, ibu dan anak kecilnya setelah selesai makan. Si anak yang kecil lentuk-lentuk manja dicelah perut ibunya yang sedang baring kekenyangan. Sambil dua beranak itu berehat, anaknya  yang kecil tiba-tiba bangun sambil bertanya pada ibunya.
Anak : Ibu….mengapa tapak kaki kita besar sangat…..tak padan dengan betis?
Ibu    : Sebabnya….kita selalu berjalan dipadang pasir yang jerlus. Bila tapak kaki kita besar, kaki kita tak terbenam dalam pasir yang jerlus tu.
Anak: Oooooo……(dia pun bertanya lagi…)  Mengapa bulu mata kita panjang dan melentik cantik?
Ibu  : sebabnya….bila dipadang pasir, kita terdedah dengan pans matahari dan habuk pasir yang ditiup angin……bulu mata kita menghalang pasir dari masuk kedalam mata.Mata kita tak sakit la.
Anak : Ooooo…..(dia bertanya lagi…) Mengapa kita ada bonggol yang besar diatas belakang kita…..berat tuuu?
Ibu  : Sebabnya ….dipadang padang pasir tak ada air…..jadi bila berjalan jauh kita boleh simpan air dalam lemak di bonggol belakang kita. Jadi kita boleh hidup dipadang pasir tanpa air lebih lama.
Anak : Waaaa….terrer la kita kan ibu. Kita ada banyak kelebihan dipadang pasir ya kan ibu…..tapak kaki yang besar,…bulu mata yang panjang dan cantik,…ada bonggol lagi boleh simpan air kan ibu……….Tapi kan ibu……apa yang kita buat kat dalam zoo ni?
Terdengar soalan maut dari anaknya itu, Si Ibu terus tangkap sedih dan meraung…….WAaaaaa….nak balikkkkkkk !!!!!!!!!!

                                                   HAHAHA KUCING PLAK....

Epoi  seorang suami yang amat penyayang tapi amat benci pada kucing, entah apa silap  kucing padanya,wallahuallam…. tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Epoi  bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Epoi, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam yang amat cantik dan gebu.
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Epoi  melihat kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya,  tumpuan Gayah kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya melebihi tumpuannya kepada Epoi, suaminya. Hal ini membuatkan Epoi beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.
Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Epoi  membuat rancangan gelap untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah  rancangan gelap Epoi.  Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Epoi dengan tanpa segan silunya dan tanpa rasa bersalah telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras cap Mahsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcai pusakanya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.
Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut  kepulangan Epoi. Pehhhhhh…….Sakitnya hati Epoi tak dapat digambarkan walaupun di kedai gambar.
Besoknya, Epoi meneruskan rancangan gelapnya lagi. Kali ini lebih jauh lagi dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Epoi tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar satu badan bau masam.
Maka nekadlah Epoi, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan tak kira jalan kampung sampai highway plus ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang. Akibat terlalu geram karung beras cap Mahsuri pun dibuangnya sekali. “Puas hati aku….huhhh” kata Epoi kepada si Tompok.
Selang berapa minit kemudian, Epoi menelefon Gayah.
Epoi: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Epoi dengan penuh       suspen lagi berdebar-debar…
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Epoi    : Panggil dia!!!!!! herdik Budin dengan nada yang tinggi…
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Epoi    : Aku nak tanya dia, macam mana nak balik . Aku sesat ni “

EHSAN

No comments:

Post a Comment