Pages

Tuesday, April 30, 2013

enpon oh enpon

erm..naga hitam kalo bab enpon ni suke yg simple n mesre penguna...tapi di sebabkan nak gak pakai enpon tolak tolak...kan dah susah....kalau enpon dolo tu cocok je wayar trus je sambung...yg skang ni nak ke donlod le...tik sane tik sini...tapi tu le..dah name pon arus pemodenan...kene gak le pakai..tapi takde le yg mahal nye...ambek yg murah je,..janji yg tolak tolak...hehehhe

ni yg naga hitam pakai dolo....mesre penguna...suke yg ni....

 speker bagus..gambar 5 megapixel.....terang lagi jelas dan nyata....


tapi tu le..nak gak yg tolak tolak ni...hahahahha

beli same ngan cik qaseh..huhuhuhu

 

futsal yg sempot

naga hitam nak cakap skit je..semenjak naga hitam join crc tak penah plak naga hitam aktif sukan..mungkin rakyat rakyat dalam crc tak brape nak minat kot...tapi ade juge game yang naga hitam join...mcm boling...pastu skang ni futsal.....yang bes nye...futsal crc ni memang gamble giler...dtg trus main je...takde trening ke ape kebende.....hahaha memang otai ar...kalau tak otai mcm mane bole kalah 3 game berturut turut...hehehehe..ape pon bg naga hitam semangat kesukanan tu penting....maju lah sukan untuk crc...idup idup....jom layan gambo...cekidot...

barisan pemain....sedih yob team lain pakai jersi crc pakai bip je..huhuhu


budak due orang suke le kalo bab ambek ambek gambo...


manchester united vs chelsea


tengok dorang maen kecut perot...hehehe


ape laki bini buat ni.....isshhhhhhh


muke penat keletihan...en aiman bole senyum lagitu...hahahah


ingat man bola padang agaknye naga hitam ni..ambek ko...kene sagat.....


walaupon tak menang bab makan memang tak kalah...hahahaha

bau kaki...hahahha

ape pon naga hitam harap lepas ni crc join banyak game supaya bole meningkat kan name crc dalam bidang sukan....adios......

Monday, April 29, 2013

lagu lame vs lagu baru

Lirik Lagu Marilah Mengundi

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi

Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

vs

Lirik Lagu Jom Mengundi - Black, Tomok, Shiha, Ayu
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita keluar mengundi
Jalan tanggungjawab negara demokrasi
Jangan kata tiada masa
Atau politik bukan untuk kita

Jom kita keluar mengundi
Tentukan siapa pemimpin kita
Pangkahlah calon berjiwa waja
Supaya negara bebas berdikari
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita keluar mengundi
Kalau tidak kita yang rugi
Mandat diberi kepada yang berwibawa
Memacu negara kearah jaya

Oh.. Jom kita keluar mengundi
Generasi muda ayuhlah pergi
Masa depan ditangan kita
Peluang ini jangan disia
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Lagu : Tomok
Lirik : Dato Mohd Ashraf Abdullah
Tomok, Black, Ayu dan Shiha


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Thursday, April 25, 2013

5 mei 2013

seantero dah tahu kat negara malaysia pada 5 mei akan berlaku peristiwa penting....walau ape pon yang berlaku  undi anda amat penting bagi menentukan perjalanan malaysia bebas dari segale masalah korupsi....naga hitam berharap sangat akan berlaku keajaiban......nak kan perubahan......dan naga hitam sebenarnye pengundi atas pagar...mane mane parti yg bole membawa malaysia ke arah kebaikan naga akan undi seratus peratus ke atas parti itu tanpe rase was was dan prejudis.....meh kite tengok kat parlimen kampung conggo nye pencalunan ...jom cekidot....

Bandar Tun Razak: MB Selangor dicabar 4 termasuk 2 calon Bebas pro-BN
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
20 April 2013
KUALA LUMPUR - Kemunculan dua calon Bebas pro-Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dilihat sebagai sesuatu di luar jangkaan, sekali gus memperlihatkan pertembungan empat penjuru.

Hampir 2,000 penyokong BN dan PKR terkejut dengan kehadiran Setiausaha Kerja Umno Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samad, 40, masuk ke pusat penamaan calon pada jam 9.30 pagi.

Terdahulu, pada jam 9.05 pagi Ketua Penerangan Umno Cawangan Raya Permai, Mokthar Salahudin, 64, hadir menyerahkan borang kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Omar Abas sebagai calon Bebas.

Kedua-dua individu ini mendapat perhatian media berikutan masih memegang jawatan dalam parti.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah bersedia dipecat oleh parti kerana bertanding atas tiket Bebas, Mokthar berkata, beliau hadir sebagai calon Bebas adalah dengan kerelaan hati dan merasakan beliau individu yang layak untuk memberi khidmat kepada rakyat Bandar Tun Razak.

"Saya baru buat keputusan dua tiga hari yang lalu, saya percaya saya mampu bekerja untuk rakyat.

"Rakyat mahukan orang tempatan sebagai calon dan saya adalah orang tempatan itu," katanya.

Menurut Sukeri, beliau berani tampil kerana sokongan padu daripada badan bukan kerajaan di Bandar Tun Razak yang mahukan anak tempatan sebagai calon dan beliau menegaskan bukan niatnya untuk mengkhinati sesiapa khususnya parti.

"Saya menyokong segala dasar kerajaan dan mahu terus bersama parti, tetapi keputusan ini dibuat kerana desakan rakyat yang mahu calon yang mereka kenali.

"Atas sokongan itulah saya berani ke hadapan pada hari ini, dan saya percaya saya mampu membantu rakyat di sini seperti mana yang telah saya lakukan sejak dari dulu lagi," katanya membawa misi Terus Mebantu Rakyat.

Sukeri pernah menjadi pegawai khas kepada Datuk Tan Chai Ho dan bakal bersaing dengan anak bekas majikannya iaitu Tan Kok Eng, 33 calon daripada Barisan Nasional (BN).

Kong Eng berkata, beliau mempunyai banyak perancangan untuk rakyat BTR khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

"Saya mahu memberi kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat BTR, itu adalah misi saya.

"Saya banyak belajar daripada bapa saya tentang politik dan sejak kecil lagi dan telah 13 tahun saya bersama MCA," katanya yang merupakan calon pertama tiba di Dewan Mustika Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kong Eng yang ditanya adakah beliau kecewa dengan kemunculan dua calon Bebas daripada Umno berkata, pihaknya yakin rakyat bijak membuat pilihan dan berharap rakyat memberinya peluang untuk berkhidmat di Bandar Tun Razak.

"Ini satu demokrasi, saya tidak boleh larang sesiapa untuk jadi calon, kalau SPR kata dia layak, maka kita akan bertanding secara sihat," katanya.

Beliau adalah muka baru yang ditampilkan BN.

Pada penggal 2008, bapanya Tan Chai Ho bertanding atas tiket BN menetang Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR.

Bagaimanapun tewas dengan majoriti 2,515.

Sementara itu, Khalid Ibrahim hanya mewakilkan Ketua Cabang PKR, Azman Abidin menyerahkan borang pencalonannya.

Menurut Azman, Khalid tidak dapat hadir kerana perlu ke pusat penamaan calon di Dun Pelabuhan Klang.

"Kita percaya akan terus menguasai Bandar Tun Razak, walaupun berhadapan dengan pertembungan empat penjuru.

"Kita juga yakin sokongan padu masih diberikan oleh rakyat Bandar Tun Razak terhadap Tan Sri Khalid, misi kita adalah meneruskan kecemerlangan yang telah dilakukan sebelum ini," katanya.

Mengulas mengenai kebimbangannya terhadap landskap pengundi di Bandar Tun Razak memandangkan lebih 5,000 pengundi pos dan pengundi awal yang merupakan anggotan tentera.

"Kita percaya mampu mengawalnya, hanya 700 yang akan mengundi secara pos manakala selebihnya adalah pengundi awal.

"Kita juga ada strategi untuk mendekati mereka," katanya.

Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak mempunyai hampir 90,993 pengundi yang mana majoritinya adalah Melayu.

Tepat jam 1030 pagi, Pegawai Pengurus SPR membuat pengumuman nama calon yang didahuli calon Bebas, Sukeri yang akan menggunakan lambang perahu, Mokhtar (bunga raya) manakala Kok Eng mewakili BN dan Khalid Ibrahim dengan logo PKR.


plagiat jap kat web PRU 13...
tulisan ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

bekas parlimen kampung conggo 

 lawan 


calon Barisan Nasional tak tau yg mane satu muke die...takut salah letak nanti jadi isu...hehehe....lagi due calon bebas tu naga hitam tengok macam nak pecahkan undi  je,,kuikuikui....


naga hitam mahukan negara yang bebas dari segala korupsi......


 



makan roti canai banjer sambil di iringan hujan hujan manje...heheheh

dalam mingu ni tiap tiap petang hujan, naga hitam bersyukur hujan trun dengan lebatnye.....di harap tidak ade  banjir lagi.....kesan pada hujan dari petang sampai ke pagi  membuat kan naga hitam kesejukan sepanjang malam di tambah lagi dengan hujan lebat pada awal pagi sekitar jam 3 sampai le jam 7 pg hujan masih trun walaupon tidak selebat mane.....memang tak bole nak tido..sejuk sampai ke tulang....ape pon mlm tadi naga hitam tetap balun roti canai mamak al amal...kalo dalam sebutan laju  alamal...hehehe....sedap woo....

 sambil tungu makanan yg di order siap...layan dolo cenel merapu ni....

 niii diaa ( sebut pelat penang ).....walla..

ni blom campur sambal die lagi...sedap tuuu...jap due keping tau ...hahahah...hujan hujan lapo le perot....

milo ais manis manis kelat....hehehhe....

syukur mlm tadi tak kene kaco...mungkin "die" pon lepak dalam sarang sejuk sambil minum kopi o.....hehehehe...adios.....

Wednesday, April 24, 2013

mamak oh mamak

ni le akibatnye kalo isteri jauh..asik mkn malam ngan mamak jer..huhuhu....nak buat cem mane..dah nasib badan....lepas ni kene blaja masak lagi le...hari hari mamak...nanti muke pon dah mcm mamak..eh silap muke mcm aaron aziz...hahahahha...


dengan bibir tebal senget lak tu...ade hati nak muke mcm aaron aziz..hahaha.... 
sambil tungu pesanan tengok le game bola selangor lawan dari team india...bole le layan...dari tengok game MU...huhh,,,anti MU...hahahahha



seram sejuk

tak tau nak ckp mcm mane..dah semingu perkare ni berlaku....memang kalau bende ni terjadi naga hitam  tak bole nak tido...dan selame naga hitam  keje mlm ni...naga hitam  hanya tido 2 jam jer,..so sudah sampai skang ni badan sakit sakit...pale mule pening....badan dah tak kuat nak menampung sisa sisa kehidupan...ermm...bende ni berlaku mingu lepas mase tu naga hitam pergi ronde di belakang surau, mase betul betul di belakang surau, naga hitam terase bahu naga hitam di tepuk dari belakang...bile toleh je memang takde sape pon...lepas tu angen kuar dtg dari blakang lak...adus...mase tu naga hitam tak bole nak buat ape redah je jalan pegi pondok...

ingat kan bende ni berlaku sekali je...tapi ni dah semingu asik kene kacau je...mlm tadi le paling truk...ntah sape baling batu kecik kecik kat tingkap pondok...adus....dengan dengar suare budak main main kat dewan kul 3 pg...adula....nak kate bulan mengambang penuh blom masenye lg....lepas tu plak bile pegi ronde bole plak bayang bayang lalu bawah lampu...adus..memang mencabar mentel tol...

nak kate ilusi mate sebb tak cukup tido memang tak logik le..mane mungkin batu yg kecil tu ade orang balig kene tingkap...n batu tu ade depan pondok...jam 2 pg ok...dengan suare budak lg...adus.....naga hitam rase ni kesan dari penebangan pokok di sekitar tempat naga hitam kerje...memang pihak berkuase ade tebang pokok..tapi tu untuk keselamatan di kawasan perumahan sbb skang ni hujan blah petang siap dengan ribut so ade le alasan nak tebang pokok...tapi masalahnye..kite tak tau kat pokok tu ade makluk lain yang lame dok lepak dalam pokok tu.....naga hitam takut mcm tu je..sbb selame bekerja dah hampit 2 tahun  pernah kene kacau sekali je ...tapi ni dah semingu..adula......

harap harap mlm ni tak kene kacau le...adios...


Tuesday, April 23, 2013

daus kawen weh...

mingu lepas naga hitam beserta budak budak opis pergi ke kenduri en muhammad firdaus....bertempat di dewan taman mesra kajang,,,....nak cari punye le susah sebabnye cat luaran dah tak brape nak cantik sampai terlajak le...huhuh...nasib baik le kepale jalan nad tau agak agak je. huhuhuhu.....lagi satu si daus ni tak letak gambo die besau besau...hahahha...ape pon bro tahniah dan slamat pengantin baru....jangan glojoh bro..plan plan kayuh....hahahahaha....

mase ni kat depan pintu dewan....pengantin dah makan dolo....tak aci ni.....

dok meje depan skali dekat dengan pengantin....sempat lagi lambai tu....sengeh mcm joker ....huhuhuhu

haa nad tu kenape...nak kate lauk tak sedap naga hitam bg 4 bintang dari 5...ni mungkin  sebab abg syg tak ikot ni..heheheh....

amboi keisha..sronok die ek..... asik ngan mummy die je..

muke tensen keisha lasak  sangat kat majlis ni..huhuhuh

begambo dengan pengantin....nasib baik daus tutup perot ngan tangan die tak nampak sangat roi tu...cer tengok perot naga hitam...ke depan nampak jelas lagi nyata...hehehe....

ape pon naga hitam sekeluarge mengucapkan selamat pengantin baru kepada en muhammad firdaus...smoge berkekalan hingga ke akhir hayat......adios....

futsal ke putsat...hahahha

okeh hari ahad mingu lepas pasukan putsat  dari jabatan  di rahsie kan ade buat perlawanan persahabatan dengan under age...tu satu hal...kene lak seawal pg ahad tu naga hitam dah joging sorang sorang kat tasik titiwangsa....4 round...2 joging 1 jalan laju.1 round lagi dah semput nak mampus...hahahahha....plak tu kul 10 sengah trus je masuk gelangang futsal lawan under age.....memang tak ar kan..dah le lepas joging tu pekene teh tarik gelas besau dengan nasi lemak....nasib baik le tak muntah kat situ.....

dengan konpiden nyer naga hitam masuk gelangang futsal..ingat terer le...sekali ko...haa hambekkkk..tak sampai 5 minit dah semput...tak sedor diri kot umo tu dah cecah angka 31....ingat badan sedap lagi mcm umor 21 ke...memang tak ar...dah le joging semput,....main futsal lagi le semput....hahahha.....ade le dalam 10 kali kot tukar pemain....jangan di tanye brape keputusan..korang bole agak kot kalo yg umo 25 ke atas semua nye semput semput lawan budak under age yg badan tengah sedap....memang kalah truk ar...brape belas ntah kene blasah....naga hitam ade le gol kan satu...huhuhuhu.....ape pon kite kene ade semangat kesukakan yg tingi....hidup hidup...hahahah....gambo joging tak ambek..gambo kat futsal jer...jom cekidot...hehehe

sampai trus je main...

sblom main bole le ambek gambo...lepas main semua mcm hampeh..hahaha

haa ni lepas main...hambek ko semua pancit...

ni namenyer player talam bermuke muke...peminat tegar manchester united pakai baju chelsea...hampeh tul....

en apit yg keletiham..memag terer en apit main putsat...hahahahah steady bro...

ni jurulatih team putsat...memang garang giler...sie sorang je tak pancit...yg lain kojol..hahaha...boss...jangan mara mara bosssss.....hehehheh

tu le..dah lame tak main campur tak reti main jadi le team putsat..hahaha. memang letih tahap gaban ni...naga hitam dengan kaki badan semuanye sakit...hehehhe....mcm mane nak lawan antara jabatan ni.....

bau belacan

ikotkan plan nak pegi jalan jalan le tapi kene plak ambek belacan kat umah mak sedare...so memang potong stim le...bayangkan bau belacan semerbak satu kerete,....adula...tu satu hal...cik qaseh plak dah pening pening bau blacan...bukan satu tau....34 keping buatan tangan dari melake....mau muntah hijau naga hitam.....lepas je setel anta belacan trus jemur kete dolo kat tengah panas.....tapi tu le..mkn tak jauh...kat taman equin gak...pegi kat mamak biase....mane lagi...MIRASA le...sedap giler....jom pegi sane...hehehe

 muke suke campur bau belacan..hehehe..suke sbb dapat makan kat  mamak mirasa....bau belacan lak melekat kat baju...hahahhaha.....

 sblom makanan sampai keisha dah makan dolo..tak aci ni...daddy n mummy lapa...huhuhu


suke keisha kaisara....heheh semakin bijak dan brani mencube...

memang meletihkan....memang letih.....ape pon hidup kene terus....adios

besday orang mude...hehehhe

kali sambut besday ala kadar je sbb kekangan mase hehhe..sian cik qaseh dok ulang alik dari penang ke kl tapi tu le nak buat macam mane...dah naga hitam yg suruh...kalo tak nanti tak bau syurga...hahahahaha.....ari tu cik qaseh sempat buat makan makan....letak gambo mase makan je yg lain tu kene simpan ehehehe....ade adegan suami istei yg terlampau....hahahahah....jom cekidot...huhuhuh

haa ni le cik qaseh masak...


cik qaseh dengan keisha kaisara


hanya gambar membuktikan segalenye,...hehehhe


memang kenyang ar cik qaseh masak...yg masuk dalam blog skit je..ade lg makan blah malam...heheh yg tu tak bole nak kongsi....hehehe18 sx..huhuhuhuhuhu...adios....



Wednesday, April 17, 2013

lewat bangun

haa ni satu hal jadi pagi tadi...mengantuk punye pasal sampai bangun kul 6 suku...hambek ko trus melompat g toilet basuh muke lepas tu trus je bukak pagar utama dolo....fuhh..nasib baik dorang blom dtg lagi kalo tak mampus naga hitam...sbb slalu kul 6 suku dah ade budak dtg..so mmg le risau.....lepas tu trus je bukak pagar tange...nasib baik sempat...adus.....ni le akibat nye tak tido sampai ke pagi...lepas tu bole lak terlelap kul 4 sengah....hambek ko lagi...memang tak ar kan...bangun lambat giler...adus......pedoman nye lepas ni kene tido cem biase...11 mlm sampai 2 pg or 2 pg sampai 4 pg...haa tu le waktu naga hitam tido...memang giler ..........

Tuesday, April 16, 2013

cik qaseh masak

hehe skang ni cik qaseh tengah mrajuk sbb dalam blog naga hitam banyak gambo orang lain dari gambo cik qaseh...hehehe....jangan le mara ye sayang mucuk mucuk ni......sampai kat prai dalam kul 8 malam sampai sampai trus je makan memang lapa giler sbb trun je dari jeti tak mkn ape pon....ni le cik qaseh masak....nasi ayam ala ala master chef...


bukak tudung saji jeng jeng jeng....nasi ayam bertaraf 5 bintang....kenape 5 bintang...sbb licin kami makan...lapo le kata kan....hehehhe


ni gambo lepas 3 kali tambah....wahhh..lapa tu..mcm mane nak kurus...huhhu


ayam gelek motokar...hehehe...sedap tu cik qaseh masak....


sedap kan...mase mkn masing masing senyap..huhuh


ni sarapan pagi kat permatang pauh....berselere en aiman makan......

penat...memang penat....tapi tu le dalam kepenatan ade keseronokan.....tu yg kite nak....adios amigos....

akhirnyer jejak jugak...

kalo ikotkan kan banyak gambo nak letak tapi tu le...ade bende yg kite kene pikir sblom bertindak....cume naga hitam terkilan je....ape yg naga hitam terkilan biarlah rahsie........ape pon kursus kat pulau langkawi memang sronok...selain blaja kemahiran dpt gak le jalan jalan kat sane....maklum le...tak penah pegi...hahahahahha......cekidot cekidot...


ni mase pagi nak masuk kelas....kene le ensem ensem...( erkk ensem ker...)...hehehe


perkataan melambang kan peribadi.....


ingat pakai ensem ensem ramai le datang kursus...ade le dalam 9 orang...celah gigi jer...huuhuhu


hanya 4 orang sahaje kaum lelaki....abg foziman ni dah macam menteri besar terengganu ler...hehehe


eh dah dapat sijil..cepat nyer...bak kate ahli politik biar gambar yang menunjukan bukti...heheheh



ni le yg prof madya noraini binti yusoff yg banyak mengajar kemahiran kemahiran dalam kursus....memang banyak ilmu yg dapat....

ok di samping kursus yang serba mencabar minda dapat jugak le naga hitam curi mase berjalan jalan kat pulau langkawi ni....mule nyer pening gak le nak hapal jalan lepas dah due tige kali pusing  jalan jalan tu dah ade dalam pale..hehehe....




ni tempat wajib pergi sebab nak beli cokelat...banyak kedai lagi yang jual tapi situ le kedai yg paling ramai orang pergi..huhuh.... harga lebih kurang same cume daya tarikan ade pada nama kedai kaler hijau ni........heheheh



muke monyok tak dapat nak masuk...tu le sape suh lambat pegi kan dah tutup...hehehe...dapat begambo depan tu pon ok...hahahahah



merase gak le naik cable car ni...curam ko....


ni aktiviti 3 pulau...pulau yg pertame tu ramai yg mandi nak naik banana bot tak bole sebab angin kencang...
lepas tu lak ade le pegi pulau tengok helang cari makan n last pegi dayang bunting.....



mrajuk dengan dak opis sbb mase sampai tu tak bawak pegi kat sini so last malam baru lepak lepak kat helang ni...hahahha sengal....


yes akhirnye sampai....tu le mase mude mude tak nak pergi...kan dah jakun...hahahahha.....

banyak tempat yg naga hitam pergi cume tak mau le tulis berjele jele...ape pon perjalanan ke sane memang sronok banyak bende naga hitam blaja...banyak peristiwa yang di rakam...............adios....