Pages

Wednesday, October 30, 2013

‘Hero tua’ lebih berkarisma



Kenyataan ini disuarakan seorang eksekutif pemasaran sebuah syarikat swasta yang mahu dikenali sebagai Lisa, 26. Katanya, walaupun luaran dimamah usia, tapi keterampilan lelaki berusia lebih ‘superb’ jika dibandingkan dengan jejaka muda. Malah ada antara mereka masih lagi pergi ke gimnasium dan spa untuk penjagaan diri.

“Bagi saya, karisma terletak pada perwatakan. Saya sudah menjalin hubungan dengan si dia lebih empat tahun. Walaupun beza umur kami sembilan tahun, tetapi perwatakannya bersahaja dan tidaklah seperti ‘pak cik’. Dia boleh jadi seorang yang profesional dalam kerjaya dan ‘pak lawak’ ketika kami bersama. Itu buatkan kami serasi.

“Bukan nak stereotaip, tetapi lelaki muda selalunya bersikap kurang matang. Mereka (jejaka muda) ada bijaknya tersendiri, tetapi berperangai lebih kebudak-budakan. Memang betul ada orang berpendapat perempuan cepat matang daripada lelaki. Mungkin atas faktor inilah saya memilih lelaki berusia untuk jadi pasangan kerana merasakan lelaki muda kurang profesional tangani masalah. Kalau dapat pasangan kurang matang, takkanlah selamanya si gadis yang akan buat keputusan? Cuba bayangkan,” soalnya.

Sikap tidak mudah melenting sebaliknya bertanya dengan lembut perihal masalah dan tenang dalam membuat keputusan antara daya penarik lelaki berusia hingga mampu membuatkan anak gadis muda jatuh cinta.


ambek kat metro on line..hehehe...

No comments:

Post a Comment