hahah kene blajar lagi ni....
KLIMAKS itu ialah kemuncak rangsangan yang dialami satu anggota tubuh
badan yang sensitif kepada sentuhan. Kadangkala klimaks boleh dialami
dengan begitu cepat apabila beberapa anggota tubuh badan yang sensitif
dengan sentuhan terangsang dengan sentuhan yang dilakukan secara
serentak. Klimaks boleh juga berlaku apabila indvidu yang sedang
menghayati rangsangan anggota tubuh badan yang sensitif kepada sentuhan
berada dalam mood berahi dan berkhayal sambil menikmati perasaan gelora
yang sedang berlaku kepada tubuh badannya. Wanita perlu tahu bahagian
tubuh badannya yang merangsangkannya. Bahagian ini dikenali sebagai
anggota tubuh badan yang merangsang syahwat atau 'erogenous zones'.
Bahagian ini termasuk keseluruhan muka, iaitu bibir, lidah, kelopak
mata, telinga, leher, tengkuk dan bahagian bawah tengkuk dan
leher.Selain itu payu dara, puting, tompok 'areolar', pusat, bahu,
ketiak, tundun, kelengkang, bibir besar, bibir kecil, klitoris,
permukaan vulva, pembukaan faraj, bahagian luar lubang najis, bahagian
antara punggung, belakang paha, tumit dan ibu jari.Cara yang berkesan
untuk menghayati sentuhan yang mengghairahkan itu ialah ketika berada
dalam keadaan tenang dan selesa. Sentuhan itu boleh dilakukan dengan
menggunakan losen pelembap yang beraroma yang selesa untuk wanita
itu.Wanita itu yang memberi panduan kepada pasangannya pada bahagian
mana yang perlu dimulakan dahulu. Klimaks boleh berlaku dengan sentuhan
intim tanpa penetrasi zakar. Sentuhan intim boleh dilakukan dengan
sentuhan, jari, tangan, mulut dan lidah. Jika hubungan penetrasi
diperlukan, wanita itu boleh menyalurkan ereksi suami ke pembukaan
anggota sulitnya dan mengemutkan corong faraj supaya dia dapat menikmati
geselan kepada bahagian faraj yang memberi rangsangan kepadanya.Tempat
ini ialah di bahagian atas faraj, bahagian yang dikenali sebagai langit
faraj yang ada bahagian sensitif yang dikenali sebagai 'G'spot (3cm dari
pembukaan faraj). Dia boleh memposisikan anggota sulitnya supaya dia
dapat rasa kekuatan anggota sulit pasangannya. Suami tidak menentukan
kemuncak klimaks isteri. Dia hanya memberi kerjasama dan mengikut
panduannya yang mana tanpa kedua-dua ini mereka akan mengalami hubungan
seksual yang hambar.Mengenai anggota sulit lelaki yang pendek atau
kecil, ia bukan satu isu jika zakar tidak pernah terlepas ketika suami
menghayunkan badannya dengan ereksi suami masih kekal dalam corong
faraj. Hanya bahagian 1/3 corong faraj bahagian luar yang mengandungi
urat saraf yang dapat menerima rasa sentuhan.Bahagian 2/3 corong faraj
bahagian dalam hanya dapat rasa getaran dan perasaan kembang kuncup.
Jadi tidak hairan jika sesetengah wanita dapat merasa pancutan air mani
suami, itu pun jika dia tumpukan perhatian kepada farajnya ketika
bersetubuh dengan pasangan. Jika ereksi suami kerap terkeluar itu
petanda ereksi pendek dan perkara ini boleh dipulihkan dengan
menggunakan alat andropenis (www.andromedical.com).Jika air mani masuk
dalam faraj kemungkinan wanita itu hamil ada walaupun wanita itu tidak
klimaks. Sedangkan wanita yang dirogol boleh hamil! Saya syorkan puan
mengenali tubuh badan puan secara mendalam, ketahui bahagian tubuh badan
yang sensitif dengan sentuhan dan jangan ada perasaan malu atau takut
ketika bersetubuh. Berikan tumpuan kepada anggota tubuh badan yang
sedang mengalami rangsangan dan beri panduan kepada pasangan supaya
pasangan dapat memberi kerjasama yang lebih padu.Puan yang menentukan
hala tuju rangsangan yang puan alami itu sama ada akan sampai kemuncak
atau sebaliknya. Jangan takut dengan perasaan yang luar biasa
(kadangkala sebelum kemuncak akan terasa macam mahu kencing!), teruskan
hayati perasaan itu kerana kemungkinan akan terkencing tidak akan
berlaku, kemungkinan pancutan air mani (female ejaculation) boleh
berlaku. Jika masih gagal lagi untuk mencapai kemuncak, elok jumpa
kaunselor yang arif tentang pengendalian masalah ini bersama suami.
FAKTA
Bahagian merangsang syahwat
1)keseluruhan muka
2)bibir
3)lidah
4)kelopak mata
5)telinga
6)leher
7)tengkuk
8)bahagian bawah tengkuk
9)payu dara
10)puting
11)tompok 'areolar'
12)pusat
13)bahu
14)ketiak
15)tundun
16)kelengkang
17)bibir besar
18)bibir kecil
19)klitoris
20)permukaan vulva
21)pembukaan faraj
22)bahagian luar lubang najis
23)bahagian antara punggung
24)belakang paha
25)tumit
ibu jari
Sentuhan intim boleh dilakukan pada bahagian
1)jari
2)tangan
3)mulut
4)lidah
copy paste tau
No comments:
Post a Comment