Pages

Monday, September 24, 2012

santai.....


C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

ehsan dari dr Dato' Dr Haji Mohd Fadilah Kamsah

Thursday, September 20, 2012

brehat sebentar bersame same...hahahha

assalamualaikum.....wat mase ni naga hitam tak boleh nak up date blog sebb tukar enpon ngan cik qaseh, enpon cik qaseh mengalami masalah teknikal so kene le naga hitam bekorban kejap sementara nak tungu gaji ni beli baru....nak letak gambo ape ni........jap jap tengok dalam folder......






haaa comel kan dorang...hahahha......ni antara artis naga hitam suke tengok......hehehehhehe

Wednesday, September 12, 2012

jamuan RAYA di NIH

ni pon entri mingu lepas skang ni baru nak up date.....g jamuan raye di NIH, pada mule nyer naga hitam tak nak pergi sbb takde member, tapi petang tu plak en karmen raider ajak naga hitam so pergi jugak le ke jamuan raye tu, tapi kali ni tak semeriah tahun lepas yang makanan nyer melimpah ruah, kali ni naga hitam makan roti jala ngan lemang jer..lepas makan trus je balik...ngeee....

baru sampai....

gelap...nampak baju je...hahaha

karmen rider makan dengan lahapnyer...hahaha

naga hitam makan sekadar alas perot je....ye ke alas perot....hahahaha

perpisahan En Adam

skang ni naga hitam agak bz ngan membace blog orang lain sehingakan blog sendri tak ter update...achaner tu...haahaha...entri ni kalo tak silap mingu lepas punye mase ari jumaat mase last day en adam......yang buat aku tersentuh en adam menitiskan air mate sehinga kan meting di hentikan seketike kerane en adam keluar mencari kekuatan dalaman.......ayat yg last tu memandai je naga hitam tambah...hahahahhaha....ni gambo nyer.....jom layannnnn....

en adam tak dapat menahan kesedihan

karmen raider ngan gaban waja...hahahahah

mase ni en adam dah menghilangkan diri.....mencari2 en adam...

ni tukang ambek gambo...hehehehe

en aiman yg tak sabo nak ambek gambo...hahahha

 unit biostats bersama en adam....

en aiman yang macho...hahahahha

Thursday, September 6, 2012

mOnOlOg

kadang kadang rase sesuatu dalam diri naga, satu perkara yang tak dapat yang nak di terang kan dengan kata kata, kehidupan semakin mencabar dengan kuasa alam yang maha berkuase, "kuase hitam" dalam diri yang menjadi halangan sebenar untuk naga mengharungi segala dugaan, setiap langkah yang di ambil sudah pon di atur dengan cermat tapi "kuase hitam" amat kuat menguasai naga , ade kale tergelincir dari langkah yang di susun rapi........apabile naga yang hebat menikus sekian lama keinginan bangkit kembali memakan mase kerana kudrat yang ade hanya tenaga sementara untuk menampung sise sise kuase dalaman.......biar pon "kuase hitam" masih mencengkam, naga tetap optimis untuk mengharungi segala badai untuk kebaikan naga hitam...........-"kuasa hitam" akibat kelalaian diri sendiri-...... adios....

NuR AmIrAh dAlAm KeNaNgAn......

dah lame majlis ni berlangsung cume baru sekarang nak letak, jamuan perpisahan untuk cik nur amirah, tempat kerja naga hitam kehilangan seorang pekerja yang berdidikasi dalam menjalankan kerjenye, hilang seorang rakan yang agak gile bagi naga hitam..hahahahha...jom kite layan gambo.....

makanan di taja oleh Pn siti sara merangkap ketua ajk...hahahha

sibuk je kamen rider ngan naga hitam ni....hahahhaha

minah due orang ni berebut makan kek....abis kek dorang ni makan tak kasi orang lain pon...hahahahha.....jangan mara beb

kenangan yang berharga......

ini le die cik nur amirah...........




Tuesday, September 4, 2012

petue banyakan susu

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Anda dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Ini kerana apabila bayi anda mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil supplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Cekur Manis - Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Ambil daun cekur manis yang telah dihancurkan dan tampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

9. Kacang Tanah - Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.

10. Air Longan - Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat Cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

11. Halba dan Jintan Hitam - Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

12. Bunga Melur - Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat India. Bagi masyarakat Melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Daun bunga melur digiling hingga halus dan tampal di sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

info tambahan,dengan memakan sayur bendi dan juga lobak putih juga merupakan salah satu cara untuk menambah kuantiti air susu badan.


ehsan blog bile han bercerite

petue melayan suami

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tetapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam thermos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

13.Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

ehsan blog bile han bercerite

Monday, September 3, 2012

sengal giler wehhhhh............

haaa tu le kalau dah name nyer pelupe ini le jadi nyer...siap punye le awal...grak sblom kul 7 pagi untuk menetapi mase waktu bekerje...bawak punye le macam ribut bole kejar cbr 1000 lagi...( maklum le jalan jem...hehehe ) alih alih ade le dalam 5 ratus meter nak sampai opis baru teringat ari ni 3 ari bulan september 2012 naga hitam masuk wp 2......aaarrrrgghhhhhh....tensen giler...yang pegi klam kabut ingat masuk wp 1 wat pe.....arrrrgghgghhhhhhhhhhh.......haaa....kan dah sampai opis 7 15 pagi...adula...hampeh tul.....pedoman nye kat sini jangan minum air yang ade semut banyak banyak......ceh ape kene mengene ngan air ade semut...hahahahhaha........sengal giler.........adios....